Tuesday, February 13, 2018

Redha


Redha atau Nanti Hidup Kau Tak Tenang

So apa itu redha ? ikhlaskan ~ ikhlaskan apa yang pernah terjadi dalam hidup kau.

Okay kalau nak tenang, kau mesti redha dengan apa yang dah jadi dalam hidup kau, sama ada, salah itu bepunca daripada kau,atau daripada orang lain. Kenapa masih nak salahkan orang lain di atas apa yang terjadi. Sedangkan waktu itu sebenarnya kau mampu membuat keputusan namun engkau yang membiarkan orang lain memutuskan untuk kau. Sepatutnya engkau tegakkan apa yang engkau mahu, bukan menurut semata mata. Penyesalan akan berlaku , dan engkau masih salahkan orang lain. Di situ engkau tidak redha , dan di situ akan buat hidup kau tak tenang.

Aku bagi contoh k, parents suruh kau pilih Sains sbb sains buat sepupu kau Berjaya. But now, kau gagal. Sepuluh tahunn akan datang, kau susah nak minta kerja. Sebab result kau teruk. Repeat k . RESULT KAU TERUK. Bila parents bebel, kau result tak bagus. Kau cakap.. “Bapak yang salah dalam hal ini !!” okay. Kau  mula menyesal sebab ikut pilihan parents. Sedar tak, kau yang tak memilih untuk kehidupan kau dulu. Okay silap kau ! second, boleh jadi sesuatu yg engkau benci adalah yg terbaik utk kau, maka yg kau suka, adlh yg tidak elok utk kau. Kadang2 susunan Allah, Allah detikkan hati kau untuk menurut cakap ibu bapa, sebab Allah tahu kau bagus dalam bidang sains, bukan bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi…… dengar k . Third, Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka. Kenapa kau tak belajar elok2? Allah letakkan kau dalam jurusan yg baik. Namun kau yg tidak berusaha di jalan itu, maka kau gagal.
Bukan sahaja dalam memilih jurusan pendidikan k J semua masalah kau, masalah silam kau, tak payah bawa ke masa hadapan.. mungkin masalah sekarang sebab silap seseorang @ orang lain @ kau di masa lalu. Tapi apa daya kau untuk mengubah masa lalu ? berhenti menyalahkan orang lain. Fikir macam mana nak selesaikan masalah ini bukan terus menyalah orang lain. Hidup kau nanti tak tenang.

Aku pernah menyalahkan seseorang individu sebab meretakkan keluarga aku. Tetapi bila difikir balik, kenapa kami membiarkan diri kami kalah dengan pengamal ilmu hitam? Sebab kami tak kuatkan iman kami untuk taat kepada Allah kerana Allah sebaik baik pelindung.  Sebab kami tak kukuhkan kepercayaan kami terhadap keluarga sendiri. Dan kami lupa berdoa. Ya Allah Yang Maha Membolak balikkan , tetapkan lah kami dalam iman. J

Aku pernah salahkan individu yg buat aku asyik tukar sekolah, tapi bila aku fikir, aku bukan terpaksa tukar sekolah. Tapi Allah detikkan hati aku untuk berhijrah ke sekolah lain. Bukan terpaksa. Sebab waktu ini aku yang membuat pilihan . bukan orang yang suruh aku berbuat demikian, Cuma keadaan sekeliling yg memaksa :D
Banyak benda aku belajar dalam hidup aku. Yes, apa yang aku rasa , orang lain dah rasa. Tapi aku nak orang lain tahu, apa yang kau rasa , situasi kita berbeza. Sedikit sebanyak, memang berbeza. Mungkin aku tak seteruk kau,tapi ada yang lagi teruk dari kau. Sebab itu pentingnya… REDHA dengan apa yg terjadi J In Shaa Allah kau akan tenang.

No comments:

Post a Comment

Tersuka Tanpa Sengaja

Siapa dia . mungkin tidak seberapa penting. Tapi bagaimana tersuka itu, buat aku macam ergh ! Kenapa kali ke dua . sebelum ni sebab selalu p...