Sunday, February 18, 2018

Tersuka Tanpa Sengaja

Siapa dia . mungkin tidak seberapa penting. Tapi bagaimana tersuka itu, buat aku macam ergh ! Kenapa kali ke dua . sebelum ni sebab selalu pergi beli ayam dekat kedai ni .  tapi tu takde ar macam tersuke . just suka memandang dia sebab lirikan matanya menusuk ke jiwa ku .
Tapi yg second ni ,senyuman dia buat aku tersipu malu. Aish sebab senyuman dia jugak buat aku hari hari nak pergi kedai dia . gila . dulu kawan dia . tapi yang tu , aku tak suka sangat sebab dia emm sometimes macam mendesak . tapi kalau yg ni . haish dia punya malu , buat aku suka .

Teringat malam bbq , aku nak beli tissue tapi tak sampai . pastu dari luar dia cepat2 masuk dalam . wuu tolong amikkan tissue tapi . dia pun tak sampai jugak . masa dia sebut harga and pandangan dia , mak ai . tepat ke jiwa aku . cepat2 pergi bayar . air batu rm2 yee. Then cashier tu tnye dah bagitahu abg kat depan ? Tergelak weh . geli lak bile panggil laki tu abang . then aku cakap dah . terus pergi ambil ais dengan 'abang' boleh pulak time 'abang' nak kasi ais kawan die tarik sebab nak si iz yg bawak . ape lagi . ahh jgn maen2 . nak cepat ni . bg saye aje . pastu abang tu kasii . still cute muke die that time.

Oh ye sebelum tu , petang bbq tu jugak , dia boleh pulak nak bukak kedai sebab aku nak beli barang. Sumpah aku tak perasan kedai tu dah tutup . so aku bukak pintu , dia bangun . then kawan dia cakap dah tutup . hahaha . what a funny boy .

He is still cute.

Semalam pun masa nak beli ikan bilis . dia tanye . air batu tak nak ke ? Aku cakap ar taknak hari ni.  Mak ai . pandangan dia tu . buat aku cair.

Hari ni maybe tak ke kedai dia . sebab . tak rindu . haha . esok je ar pergi .

Takde pape nak dibeli harini .

Tuesday, February 13, 2018

Cinta :)


Cinta itu tak semestinya memiliki kan?
Perlukah ada penyesalan di atas setiap perkenalan? Tidak perlu. Yakin setiap itu ada pengajaran tersendiri dan paling penting,setiap cerita cinta ada manisnya walau terpaksa pahit akhirnya.

Cukup sekadar simpan manisnya dalam kenangan dan pahit jadikan pengajaran.
Kadang-kadang terbit rasa rindu dibuai kasih sayang insan tersayang disisi,namun apakan daya, percintaan jarak jauh memang begini. Walau terseksa dan risau,namun aku yakin dengan cinta yang kami bina selama dua tahun ini. Semoga ke Jannah bersama sama. J
Meski jauh dengan insan yang aku sayang, namun ia tidak pernah buat aku terfikir menyesal atas perkenalan ini, dan alangkah lebih indah jika dia disisi, seperti kekasih masa lalu ku. Namun, bersama insan jauh banyak mengajar aku sabar. Betul kata Eizzat,cinta jarak jauh itu indah.

Kadang-kadang tergugat juga main PN sana,PN sini. Tapi apakan daya, hati tetap kekal pada Dia. Hanya Dia Betakhta di Hatiku. J Yang lain hanya sekadar teman. Kenapa? Kerana walau jauh, walau sibuk, dia sentiasa ada masa untukku J
Dan aku pula, walau sibuk macam mana sekalipun, walau menggatal sana sini, tiada lelaki yg mampu bertakhta di pintu hati selain dia. Mungkin kerana dia je yang selalu tahan dengan perangai aku. Jadi rasa sayangg pada dia tu sangat tinggi.

Pentingkah matlamat hidup?


Perlu ada matlamat dalam hidup kau, baru orang kagum pada kau.

Kenapa? Mereka yg berjaya, mereka tahu apa yang mereka ingin tuju. Mereka yg hidup tanpa hala tuju, hanya bergantung pada pilihan orang. Susah hidupnya L
Nanti dah besor ,asyik nak salahkan orang lain. Kawan kawan semua sibuk mencipta kejayaan, kau pula masih di takuk lama menyalahkan orang lain tanpa buat  sesuatu. Lakukan apa yg perlu kau lakukan hidup kau. Redha dgn apa yg jadi.
Back to our story…
Macam mana nak tetapkan matlamat hidup?
·        Apa yg engkau suka buat?
o    Kira-kira duit J
·        Apa yg engkau nak?
o   Duit banyak @ bantu orang @ arah orang
·        Apa yg engkau mampu buat?
o   Ukur baju di badan sendiri. Jangan nak jadi doc kalau mabuk darah, tengok jarum je dah pengsan. Fikir apa yg diri engkau mampu buat.
·        Apa yg kau perlu buat untuk capai apa yang engkau nak??

Taknak hurai banyak, kau kena fikir apa yang engkau nak dalam hidup kau. Jangan cakap nak number dua dalam kelas. Number satu biar awek kau pegang. NO !
Letakkan apa yg kau nak capai 10 tahun-15 tahun nanti.
So buat apa yang kau perlu buat untuk capai impian kau.
Kalau 15 tahun nanti kau nak jadi menteri yang bantu rakyat susah. Wajarkah kau berada di nombor dua, sebab takut awek kau tinggal kau kalau kau dapat nombor satu???
          Apa salahnya bagi jawapan kat awek. Tande sayangkan die. Dan kau terpaksa jawab dengan salah dalam exam sebab nak bagi awek kau betul semua.
            Atau another story, sebab sibuk bagi jawapan kat awek. Kau banyak lagi tak jawab soalan!
Hayya ! cukup 5 bulan, awek kau couple dengan budak kelas belakang ! haha,sebab kau lagi ***** daripada budak kelas belakang J
 Apa yang aku nak sampaikan., jika belum tiba masa untuk bercinta,jangan bercinta, capai matlamat kau dulu. Apa yg kau korban masa , wang untuk dia, dia belum tentu kau punya. Story ni happen kat member aku. Sibuk jage gewe(kekasih), sampai study pah mane hale.(tak tahu ke mana) Dia bijak, tolong gewe, buat kerja sekolah gewe, at the end, die gagal, gewe gagal. Mungkin niat masa study ta betul. Then break ! buang masa. Tak salah tolong orang study. Niat tu kena betul k J
Nak orang kagum, nak mak bapak bangga, kau kena capai matlamat kau. Buat apa yg perlu dalam hidup kau k ! J
Do the right thing J

Redha


Redha atau Nanti Hidup Kau Tak Tenang

So apa itu redha ? ikhlaskan ~ ikhlaskan apa yang pernah terjadi dalam hidup kau.

Okay kalau nak tenang, kau mesti redha dengan apa yang dah jadi dalam hidup kau, sama ada, salah itu bepunca daripada kau,atau daripada orang lain. Kenapa masih nak salahkan orang lain di atas apa yang terjadi. Sedangkan waktu itu sebenarnya kau mampu membuat keputusan namun engkau yang membiarkan orang lain memutuskan untuk kau. Sepatutnya engkau tegakkan apa yang engkau mahu, bukan menurut semata mata. Penyesalan akan berlaku , dan engkau masih salahkan orang lain. Di situ engkau tidak redha , dan di situ akan buat hidup kau tak tenang.

Aku bagi contoh k, parents suruh kau pilih Sains sbb sains buat sepupu kau Berjaya. But now, kau gagal. Sepuluh tahunn akan datang, kau susah nak minta kerja. Sebab result kau teruk. Repeat k . RESULT KAU TERUK. Bila parents bebel, kau result tak bagus. Kau cakap.. “Bapak yang salah dalam hal ini !!” okay. Kau  mula menyesal sebab ikut pilihan parents. Sedar tak, kau yang tak memilih untuk kehidupan kau dulu. Okay silap kau ! second, boleh jadi sesuatu yg engkau benci adalah yg terbaik utk kau, maka yg kau suka, adlh yg tidak elok utk kau. Kadang2 susunan Allah, Allah detikkan hati kau untuk menurut cakap ibu bapa, sebab Allah tahu kau bagus dalam bidang sains, bukan bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi…… dengar k . Third, Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka. Kenapa kau tak belajar elok2? Allah letakkan kau dalam jurusan yg baik. Namun kau yg tidak berusaha di jalan itu, maka kau gagal.
Bukan sahaja dalam memilih jurusan pendidikan k J semua masalah kau, masalah silam kau, tak payah bawa ke masa hadapan.. mungkin masalah sekarang sebab silap seseorang @ orang lain @ kau di masa lalu. Tapi apa daya kau untuk mengubah masa lalu ? berhenti menyalahkan orang lain. Fikir macam mana nak selesaikan masalah ini bukan terus menyalah orang lain. Hidup kau nanti tak tenang.

Aku pernah menyalahkan seseorang individu sebab meretakkan keluarga aku. Tetapi bila difikir balik, kenapa kami membiarkan diri kami kalah dengan pengamal ilmu hitam? Sebab kami tak kuatkan iman kami untuk taat kepada Allah kerana Allah sebaik baik pelindung.  Sebab kami tak kukuhkan kepercayaan kami terhadap keluarga sendiri. Dan kami lupa berdoa. Ya Allah Yang Maha Membolak balikkan , tetapkan lah kami dalam iman. J

Aku pernah salahkan individu yg buat aku asyik tukar sekolah, tapi bila aku fikir, aku bukan terpaksa tukar sekolah. Tapi Allah detikkan hati aku untuk berhijrah ke sekolah lain. Bukan terpaksa. Sebab waktu ini aku yang membuat pilihan . bukan orang yang suruh aku berbuat demikian, Cuma keadaan sekeliling yg memaksa :D
Banyak benda aku belajar dalam hidup aku. Yes, apa yang aku rasa , orang lain dah rasa. Tapi aku nak orang lain tahu, apa yang kau rasa , situasi kita berbeza. Sedikit sebanyak, memang berbeza. Mungkin aku tak seteruk kau,tapi ada yang lagi teruk dari kau. Sebab itu pentingnya… REDHA dengan apa yg terjadi J In Shaa Allah kau akan tenang.

Monday, February 12, 2018

long distance relationship








tetibe gelenya nak post ni . hehe .

kenapa aku nak kaya ?

sebab aku nak tolong orang susah.
sebab perit hidup susah.
since kecil hidup susah, then Allah bagi rezeki,
rezeki ditarik balik, dan rasa balik hidup susah yang sangat susah ,
Alhamdulillah sekarang Allah kurniakan rezeki.
so rezeki ini yang akan aku bantu insan sekeliling aku..

In Shaa Allah.

hidup aku sendiri banyak mengajar aku bagaimana rasa apabila berada di bawah dan bagaimana rasa bila berada di atas .

Tak Shabar nnya

Seriously, kat rumah asyik view kerja , dan pelaburan hartanah je.
sebab since aku ambil perdagangan dan belajar tajuk pelaburan hartanah masa sekolah dan terbaca buku kaya dengan pelaburan hartanah , emm aku lupa tajuk dia :( masa ini aku kerja kat kedai buku wan ariffin , so curi masa baca buku macam ini. ia buat aku amat berminat akan pelaburan hartanah.

aku harap bila aku dah kerja aku dapat urus kewangan dengan baik dan mencapai matlamat aku nanti :)

In Shaa Allah :)

cikgu Farid cakap, kerja kerajaan ini untuk kaya itu tidak, tetapi untuk senang , In Shaa Allah boleh. So ini yg buat aku berkobar dengan pelaburan hartanah. Untuk kaya ! haha ! cukuplah sekadar kaya untuk menggembirakan hidup orang lain nanti :) In Shaa Allah :)

sentiasa ingat..
Maha Kaya hanya Dia...

Pisang Goreng Rangup

ni info penting k.


Awas dan berhati-hati ya jika beli pisang goreng atau ayam goreng di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang terdapat di Malaysia mahupun Indonesia kerana berkemungkinan penjual memasukkan straw atau plastik dalam minyak masak untuk menghasilkan ayam atau pisang goreng yang rangup. Kena berhati-hati terutamanya makan di kedai yang mempunyai tukang masak dari Indonesia atau kedai itu sendiri milik orang Indonesia.

Okay guys !

hari tu , memorning yang hening jiran aku ada bagi pisang dari kampung dia plus aku tak tahu . but pisang tu nak dimakan, kena goreng dulu. so terpaksa la fikir macam mana nak goreng dan sedap di makan. seach : resipi menjadikan pisang goreng lebih rangup ! so jumpa banyak resepi. aku cuba yang paling simple k ! memang terbaik weh. resepi ini juga dari sahabat blogger.. memang rangup :)

credit to 
https://resepi-cara-membuat-pisang-goreng.blogspot.my/

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup


Bahan-bahan:

Pisang (apa-apa jenis pisang)

2 cawan gandum

1/2 sudu teh garam

2 sudu gula

4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Panaskan minyak untuk menggoreng.

2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.

3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.

4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.

5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.

6) Angkat dan sedia untuk dihidang.



betul betul menjadi babe ! try la .. hahaha

ade tige resepi , but aku baru try ni . hehe . next two , lain kali a

Monday, January 29, 2018

Partner :)

there is nothing can i do at home for now.
too bored :)
sometimes missing the kids too much :)

actually teringin sangat nak letak header gambar me & my husband..
acecey ,, kahwin pun belum .. haha..

angan2 k angan2..

jealous ar sisto2 blogger letak pic nan hubby dye.. hush..


Saturday, January 20, 2018

Review Halia Pala Mint

Assalamualaikum :)

first of all, I'm not a stokis to promote this product :) I'm just a customer !

thanks to my neighbour, Cik Jie < sbb mengenalkan produk ini :)
sebagai seorang yang memiliki buasir yg tegar, mencuba pelbagai produk itu biasa.

so kali ini ida nak share tentang Halia Pala Mint..
hari ini adalah hari keempat :) dan repeat order lagi dengan jiran sebab berkesan dan murah  :)
tiada kesan cirit birit okay ! tu benefits yg sangat besar as kalau kalian bekerja, takde mengganggu perut dalam waktu kerja k :)

setelah seminggu buang air besar berdarah, mak suruh try HPM ni.

hari pertama & kedua _ asyik sendawa je, seperti yg kita tahu halia memang bagus untuk buang angin dalam badan . najis masih berdarah..

hari ketiga _ najis lembut ! tidak berdarah lagi dan the most important , for those yang malas buat kerja rumah , malas bangun tidur, you all akan rasa badan makin ringan.. dan for those yg nak kurus.. ia mengurangkan selera makan :) yang mana berazam untuk kurus tahun ini, cepat2 grab HPM ni + Losyen Halia Pala Serbaguna :) Losyen ni wangi okay :) huhu.. belum pakai lagi tapi adik ada beli sebab dia terseliuh masa jatuh motorsikal hari tu. Dia cakap okay :) so rasa nak try beli lah :D

hari keempat _ pergi joging lah ! sebab badan pun ringan kan :) hehe..

ia berkesan pada badan ida selama 3 hari... tindak balas bergantung kepada badan seseorang..
dahh banyak toksin dalam badan ! bertahun tahun kumpul toksin :) takkan sehari nak buang semua tu .. so dapatlah singkir toksin dalam badan akak2 dan abang2 yee :) hehehe

so macam mana ida guna ? hehehe :) tak ikut yg disuruh pun hehe .. should be 4 botol untk sehari tapi tak larat laa . sebab malas , but still berkesan okay :)  hehehe

17 Jan _ 5 biji pagi , 5 biji petang _ so dua botol air la :) 500 ml k :) alaa air mineral kecik tu..
18 Jan _ 7 biji pagi , 7 biji petang _ 6 biji dalam setiap botol , lagi sebiji kemam , sedap k sedap :)
19 Jan _ 5 biji pagi, 5 biji petang
20 Jan _ 5 biji pagi , 5 biji petang

Tips Untuk Lebih Berkesan !!

2 Liter Air Sehari - kekurangan air mungkin akan buat kita pening , sebab first time nak buang toksin ni _ time ni body anda akan mengalami proses ketosis k :) mual loya ,sbb nak buang toksin & lemak :) first2 ni jangan kekurangan air, makan apa2 supplement, jamu , ubat, mesti nak kena minum banyak air tau ! sebab 70% water needed for our body k :D proses ketosis akan buat kita buang toksin  melalui kehilangan banyak air peluh & kerap kencing . Thats normal okay :)

Tersuka Tanpa Sengaja

Siapa dia . mungkin tidak seberapa penting. Tapi bagaimana tersuka itu, buat aku macam ergh ! Kenapa kali ke dua . sebelum ni sebab selalu p...